Rakan Blogger

Friday, February 17, 2012

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Tawau 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Sebenarnya, lama sudah Kancil ingin membuat entri ini. Namun disebabkan kesibukan dengan kerja dan kekangan masa. Terpaksalah Kancil tangguh entri ini sehingga masa yang sesuai untuk ditunjukkan. Alhamdulillah! Kancil ada masa untuk berkongsi pengalaman bersama dengan rakan blogger.

Perkhemahan ini telah berlangsung pada tarikh 8hb Februari sehingga 10 Februari 2012 di Sekolah Kebangsaan Tawau II (Taman Tawau). Sebanyak 29 buah sekolah yang menyertai perkhemahan tersebut dengan kekuatan anggota 184 orang murid. Tidak ketinggalan, bekas rakan sejawatan Kancil iaitu Gen2Merah hadir bersama - sama menyertai perkhemahan tersebut.

Gen2Merah dan Kancil merupakan ketua guru penasihat TKRS bagi sekolah masing - masing. Gen2Merah sudah menyandang lama jawatan tersebut sedangkan Kancil baru beberapa bulan menyandang jawatan ini. Kira, Gen2Merah lebih lama daripada Kancil. Pada hari pertama, semua kadet (murid) sudah mendirikan khemah mereka di padang sekolah. Selepas solat Maghrib dan Isyak, kadet - kadet dipecahkan mengikut 4 kumpulan besar. Kancil berada dalam kumpulan 1, manakala Gen2Merah berada di kumpulan 2.

Pelbagai program yang telah diatur. Dan paling best bagi Kancil adalah Malam Kebudayaan. Gen2Merah ada menceritakan tentang program tersebut di dalam entri beliau [Klik kat sini]. Kumpulan Kancil diminta membuat persembahan koir manakala kumpulan Gen2Merah membuat persembahan boria. Berbanding dua kumpulan, Kancil rasa kumpulan Gen2Merah lagi mantap daripada Kancil. Huhuhu...sedih sebab bebudak tu semua malu keluarkan suara. 

Apapun jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang perkhemahan tersebut :

 Khemah sudah didirikan dan semua kadet berkumpul mendengar taklimat daripada sekolah penganjur

 Pemilihan penghulu dan satu barisan lurus untuk membentuk 3 barisan

 latihan kawad kaki dan taklimat daripada guru penasihat

 
 Mendengar ucapan daripada perasmi dan bernyanyi ramai - ramai

Kebetulan, perkhemahan TKRS bertindih dengan Kejohanan Sukan Zon Bandar Selatan. So, Kancil ndak dapat ikut untuk melihat acara balapan dan padang peringkat Zon Bandar Selatan buat kali pertama. Huhuhu...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

60 comments:

kindergartenlibrary said...

amboih , sakan !!

maszull said...

assalamualaikum kancil...wah meriahnya pasti seronok semuanyakan...:)

ariana said...

Teringat zaman sklh dulu..mmg seronok sgt bila menyertai acara mcm ni..tak tau letih dan x sedar panas teriknya hari..

cik dila.. said...

bestnya..da lama xpegi camping.. -.-

3no gr33ny said...

seronoklah...hamba jd guru pelatih pengakap =)

aReLaN said...

bestnya camping.lama betul tak camping.

ps : sori lama tak jenguk sini.tenet problem la kancil.hehehe

Unknown said...

best nyer......
keje cikgu nie byk xtvt..... remy teringin sangat....

Fiza Nurani said...

wah, boria...
lame tak berboria ni.. huhu..

Fiza Nurani said...

kancil, takde keluar ape2 pun bila tekan flash tu.. haha, takpelah kancil, terima kasih tunjuk ajar :)

QasehnyaRania said...

ya Allah rindunya pergi perkhemahan...kenangan semua tuh ...('',)

Tkrs aktif yer kat sabah cikgu..

Kazman / Sue said...

tengok entri ni teringat masa sekolah rendah dulu... seronok bercamping pengakap....

ShahzCudin said...

ah~ rindu plak camping masa skolah dlu..

Reena Sidek said...

mesti best ni... macam2 gelagat budak2...

dhiera zainudin said...

budak2 confirm la segan~ saya pun macam tu dulu~ hehehe

Cik Jannah said...

dulu masa zaman sekolah perkhemahan la paling jannah tunggu. dapat enjoy dgn kawan2. tak tau lah kalau budak zaman skrg mcm mana

Aien Not Alien said...

tengok TKRS buat saya teringat KRS...hehe..


rindu zaman sekolah... ^_^"

baguznet said...

wah! seronoknya...

Kancil 8349 said...

Nelly :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam Mama..

terima kasih

Kancil 8349 said...

Ariana :

betul tu...memang menyeronokkan

Kancil 8349 said...

cik dila :

memang best....hehehe

Kancil 8349 said...

3no :

ndak mengapa...:) boleh didik budak juga kan

Kancil 8349 said...

Arelan :

memang best...ndak mengapa geng...faham situasi member

Kancil 8349 said...

remyhazza :

macam tulah...untuk keseronokan anak murid

Kancil 8349 said...

fiza :

minta ajar dengan rakan kancil...hehehe....

Kancil 8349 said...

QasehnyaRania :

bolehlah juga...

Kancil 8349 said...

Kazman :

betul tu..namun sekarang dah berbeza...buat di sekolah je

Kancil 8349 said...

Shahzcudin :

hehehe...jom mengimbas kembali...

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

memang best pun

Kancil 8349 said...

dhiera :

hehehe...segan bercakap tapi dibelakang kuat bercakap...pelik

Kancil 8349 said...

Cik Jannah :

berbeza zaman sudah...ramai yang takut untuk perkhemahan

Kancil 8349 said...

Aien :

betul tu...rindu berkhemah

Kancil 8349 said...

baguznet :

memang seronok...

Si BuDaK KaChAk said...

yeke cikgu gen2merah nye lg best??ke tkut nk ngaku kancil nya lg best??yela...kang ade byk lak offer yg dtg....heheeh

Anonymous said...

masa sekolah rendh, CK amik PBSM
naik sekolah mengh, CK jadi ahli KRS plak.. baru lasak cikit.. huhuhu

Kamsiah yusoff said...

salam kenal tuan rumah

LadyBird said...

seronoknye .. trgt peristiwa bergaduh tengah2 mlm time berkemah.. sebab ade org buat bising.. :P

Fiza Nurani said...

kancil, dah dapat dah.. xie xie luasyer :)))))


tapi satgi nak tukar ayat...

Unknown said...

hu best ramainya

RHI said...

uuu..bestnya...bilalah boleh merasa pulak benda2 macam ni...hehee

Ce'gu JAERA said...

tak laa... persembahan kumpulan 1 daripada bmbingan cikgu kancil lagi best.. meriah dan menghiburkan... ehe (",)

ILA HonEyBuNNy said...

tetiba ne rasa nak berkhemah macam zaman sekolah dulu..heheheh

Unknown said...

time sekolah rendah je ikut camping... wawa, tetiba rindu kat zaman sekolah rendahh.. T_T

Unknown said...

lama xpenah merasa tido khemah... tengat masa zaman blajaq dulu2

Bicara Bisu said...

lmanya x berkemah cm nie..huhuu

Anak Munsyi said...

aLAA , rindunya nak kawad :(

ciK LyndaWawa said...

wah..wah..wah...

Kancil 8349 said...

Si Budak Kachak :

hehehe...Gen2Merah dapat hadiah berbanding dengan kumpulan persembahan Kancil...hehehehe

Kancil 8349 said...

Cik Kartun :

eya ke...ada ahli lagi...sama macam aien

Kancil 8349 said...

Kamsiah :

Salam perkenalan ...

Kancil 8349 said...

Ladybird :

part yang paling ndak best kalau bergaduh gaduh nie...hehehe

Kancil 8349 said...

Khairul :

betul tu

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

kena anjur sendiri kalau macam tu

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

hehehe...sekurang2nya kau dapat hadiah geng...kumpulan aku satu apa pun ndak dapat

Kancil 8349 said...

Ila :

jom kita berkhemah

Kancil 8349 said...

Eza :

kancil ndak pernah ikut perkhemahan time sekolah rendah

Kancil 8349 said...

eeiyss :

huhuhu..kancil dapat tidur di khemah...tu pun sebab menjaga anak murid...sebaliknya kita kena jaga

Kancil 8349 said...

Ruby :

jom berkhemah

Kancil 8349 said...

Anak Munsyi :

samalah Kancil...hehehe

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...