Rakan Blogger

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday # 18

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Budaya di sekolah

Terima kasih singgah dan tinggalkan komen di entri Kancil 8349.

Tuesday, November 29, 2011

Bermandi Manda Di Kampung Tampi - Tampi Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Asal balik ke kampung di daerah Semporna, kami adik beradik akan mandi laut. Tempat yang paling best dan seronok adalah di Tampi - Tampi. Kawasan tersebut pernah menjadi penggambaran filem Duyung lakonan Maya Karin dan Saiful Apek. Disebabkan penggambaran tersebut, maka bilangan pengunjung bertambah. Bukan setakat itu sahaja sebenarnya. Tempat ini tenang dan damai untuk kita beristirehat.

Kalau ndak percaya, datanglah sendiri ke tempat ini. Pastinya berpuas hati. Pengingapan pun ada disediakan. Selain itu ada restornan dan tempat bermandi manda. Untuk masuk ke kawasan mandi. Kita kena membayar 2 ringgit seorang bagi dewasa manakala kanak - kanak seringgit je. Jom kita lihat beberapa keping gambar di kawasan tersebut.

 Pelantar untuk bermandi

 Ada restornan disediakan


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, November 26, 2011

Memulakan Sesuatu Adalah Perkara Yang Paling Susah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita berdepan dengan satu situasi baru. Kita akan rasa tidak selesa dan ada kalanya kita berasa gementar. Sebab kita sudah set minda kita ke arah yang belum pasti. Ke arah yang negatif. Padahal kita belum memulakan sesuatu. Bila ini terjadi, hanya pada keyakinan seseorang berjaya menghadapi situasi baru nie. Kalau tiada keyakinan maka orang tersebut lari menghadapinya.

Kalau kita tengok orang yang menyanyi di pentas. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Menampakan keyakinan mereka ketika menyanyikan lagu  popular mereka. Namun, sebelum mereka naik ke pentas mereka sebenarnya gementar dan takut untuk menyanyi. Tapi mengapa di pentas berbeza sebelum naik ke pentas. Ini semua kerana memulakan sesuatu adalah perkara paling susah untuk dilakukan.

Jika kita pandai mengawal emosi kita dan bijak mengatur minda kita. Kita akan berjaya menghadapi masalah tersebut. Sesiapa pun takut dan Kancil sendiri pun takut untuk memulakakn sesuatu. Namun, jika kita tidak mulakan siapa lagi yang mahu memulakan. Bergantung kepada keupayaan kita pada ketika itu.

Apapun, abaikan perkara yang belum pasti. Perkara yang kita tidak nampak hasilnya. Jangan takut dengan kata - kata hati ataupun bayangan di minda kepala kita. Cuba mulakan dulu dan baru kita ketahui hasilnya. Jika gagal, cari punca kegagalan dan perbaiki kegagalan tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday # 17

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Mereka yang istimewa tidak terabai

Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, November 18, 2011

Cuti Bermula dan Lawatan LASABELA Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi kebanyakan sekolah di Malaysia. Dan banyak aktiviti akhir tahun dilaksanakan oleh beberapa pihak sekolah. Ini termasuk dengan sekolah Kancil. Semalam, majlis konvokesyen UPSR telah dilaksanakan dengan jayanya. Bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada 9.30 malam. 

Semalam juga, program LASABELA ke Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh tetamu hormat yang telah dijemput. Seramai 33 orang murid dan 9 orang guru pengiring yang menyertai program tersebut. Kancil merupakan salah seorang guru pengiring untuk menjaga keselamatan murid - murid sepanjang program LASABELA tersebut.

Antara tempat - tempat yang bakal dilawati adalah Muzium Negeri, Zoo Lok Kawi, Universiti Malaysia Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan dan banyak lagi. Program ini akan bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Selasa. Tujuan program ini untuk memberi peluang kepada murid - murid Tahun 6 miskin untuk menimba ilmu dan menjadi pemangkin untuk mereka berjaya.

Nampaknya, blog Kancil akan sunyi bermula pada hari esok hinggalah hari Selasa. Hari Rabu nanti, barulah Kancil akan aktif semula. Disempatan ini Kancil ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid di seluruh Malaysia yang mendapat keputusan lulus dalam Peperiksaan UPSR dan Selamat Bercuti.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, November 17, 2011

Sekolah Kampung Mendapat 100% UPSR

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sebelum meneruskan entri Kancil nie. Minta maaf kepada semua rakan blogger sebab tidak sempat membalas kunjungan blog anda. Disebabkan kesuntukkan masa dan keadaan line yang tidak mengizinkan. Namun, Kancil hanya mampu untuk mengupdate satu entri sahaja.
Entri kali ini mengisahkan tentang keputusan peperiksaan yang telah diumumkan di daerah Tawau. Kancil belum mendapat keputusan rasmi sepenuhnya. Namun ada yang menarik perhatian Kancil mengenai satu sekolah kampung di daerah Tawau. Di mana, kancil pernah dijemput untuk memberi ceramah kepimpinan dekat sekolah tersebut.

Tidak sangka sekolah tersebut boleh mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 100% muridnya lulus. Sekolah tersebut mempunyai bilangan murid lebih 60 orang dan 12 orang murid mendapat 5 A, manakala 32 orang mendapat 4 A 1 B. Selebihnya lulus. Ia satu pencapaian yang baik. Malah merupakan 5 sekolah yang terbaik di Sabah.

Sekolah di tempat Kancil mengajar hanya 22 orang murid 5 A. Dari segi kedudukan belum lagi pasti. Namun sekolah ini berada di dalam 5 sekolah bilangan murid yang mendapat keputusan 5 A paling ramai. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Makin Mulia Sesuatu Pekerjaan Makin Banyak Cabarannya

Assalamulaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita melakukkan sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur, selalunya ada orang memuji kita dan menghormati cara kita bekerja. Namun, tidak semua berkekalan. Kerana setiap pujian pasti membawa makna yang tersirat. Ia membuat kita sedia berwaspada atau leka dek dengan pujian menggunung.

Kini, siapa yang jujur akan tenggelam. Akan dikecam dan akan ditindas. Malah, makin ramai inginkan manusia ini tidak wujud di kalangan mereka. Mereka benci dengan manusia seperti ini. Mereka cuba membunuh dengan cara senyap dengan bersifat talam dua muka. Mereka akan berusaha untuk jatuhkan semangat manusia ini demi kepuasan hati mereka sendiri. Jika ini berlaku, maka hilanglah nilai  - nilai baik dalam diri manusia.

Tapi, jika manusia yang jujur nie pandai mengawal situasi dan bijak mengurus tekanan. Ia mungkin ditakuti oleh manusia bersifat PHD. Makin ditekan makin bersemangat pula dia menghadapi. Makin dimusuhi makin ramai plak yang menghormatinya. Selain itu, dia sentiasa berserah kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan beliau. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, November 16, 2011

Tugas Guru Makin Mencabar

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Tajuk entri ini mungkin dah banyak kali digunapakai oleh kebanyakkan blogger yang berstatus guru. Mungkin ramai juga yang dah bosan dengan tajuk tersebut. Namun hakikatnya inilah realiti sebenar yang dihadapi oleh seseorang guru di sekolah.

Cabaran kian bertambah bukan dari murid itu sendiri malah desakan daripada pihak lain yang dengki dan cemburu dengan niat dan usaha murni guru. Selama ini, tiada orang yang mempertikaikan dan mempersoalkan kerjaya seorang guru. Tapi sekarang, dunia inginkan pengadilan. Betul ke?

Mengapa mereka ndak berpuas hati dengan kerjaya guru? Sebab kerja senang atau gaji yang tinggi? Kancil lebih suka kalau orang ndak berpuas hati merasai kerja sebagai seorang guru cukup untuk sehari. Biar mereka rasa apa yang guru - guru Malaysia lalui. Baru mereka faham keadaan sebenar.

Pernah seorang kawan menasihati Kancil. Kalau boss nak nampak kita nie bekerja, buat kerja tu lambat @ perlahan. Sudah siap pun kata kat boss tinggal fasa terakhir. Boss akan anggap kita ada kerja. Berbanding orang yang siap kerja awal, walaupun teratur dan kemas tetap dianggap pemalas. Tetap dianggap tidak ada kerja. Samalah situasi guru dengan penjawat awam lain. Kerja sama...untuk negara dan bangsa. Tapi cara dan keadah berbeza.

Namun sebagai guru, kita kena terima hakikat dan redha. Pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa menyayangi kita dengan memberi pelbagai bentuk ujian. Kerana perkerjaan seorang guru adalah mulia dan sentiasa dikenang.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wordless Wednesday # 16

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Budaya Al - Quran di SK Ayer Hitam Batu Pahat

Terima kasih datang singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Segmen Eera : Impian Dan Harapanku Bersama Blog

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kancil menerima jemputan daripada seorang rakan blogger untuk menyertai segmen pertama beliau. Dengan berbesar hati Kancil menyertai segmen beliau. Dan kancil berharap rakan - rakan blogger yang lain dapat menyertai segmen beliau. Klik je header di atas tu korang akan terus ke blog beliau. Marilah kita sokong rakan kita dengan memeriahkan segmen beliau selain itu dapat berkongsi ilmu dan mendapat kenalan baru.

Impian
Ingin menjadi blogger yang terkenal disamping dapat memberi pandangan dan berkongsi pengalaman dengan blogger  - blogger lain. Selain itu, mempunyai follower dan pembaca setia blog Kancil 8349.

Harapan
Semoga blog Kancil menjadi bahan rujukan dan panduan kepada semua rakan blogger yang inginkan maklumat daripada entri - entri Kancil.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, November 15, 2011

Raptai Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Assalamaualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari nie, semua guru sidang petang turun pagi untuk menjayakan raptai penuh majlis anugerah kecemerlangan murid. Sebelum acara dimulakan, Kancil sempat buat satu entri. Mahu berkongsi pengalaman. Di zaman sekolah rendah kancil dulu, tiada majlis anugerah seperti pada zaman sekarang.

Kira untung budak - budak zaman sekarang. Mereka diberikan penghargaan di atas sumbangan dan komitmen mereka bukan setakat pembelajaran malah aktiviti luar kelas. Ini memberi mereka semangat untuk mereka memajukan diri mereka sendiri. Berbanding di zaman kita (seangkatan dengan Kancil), majlis ini tidak dibuat semeriah yang dibuat pada zaman sekarang.

Namun, kita kena terima hakikat bahawa zaman kita sudah berlalu dan kena hadapi satu zaman. Sebagai manusia yang kira lama hidup di muka dunia, kita patut menunjuk jalan kepada generasi muda agar mereka tidak tenggelam dengan angan - angan yang mungkin merugikan mereka sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, November 14, 2011

Hadiah Kek Daripada Blogger Cinnamon.com

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari nie Kancil menerima hadiah daripada seorang blogger. Sedap kalau ditengok tapi ndak dapat rasa lagi. Hehehe...kancil menerima sekeping gambar kek je. Kalau korang tengok mesti sedap kan...


Cinnamon.com terima kasih dengan hadiah nie...ndak rasa pun ndak mengapa yang penting dapat gambarnya. Hehehe...untuk rakan blogger Cinnamon...Kancil ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan kancil dan kancil diberikan hadiah kek seperti dalam gambar nie. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil.

Kancil kena Tag Oleh Blogger Kartunis Damas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Entah dah berapa kali kancil kena tag namun nielah yang kedua Kancil sudi menjawab soalan - soalan mereka. Minta maaf kepada rakan yang lain sebab Kancil ndak berpeluang untuk menjawab. Namun, jomlah kita baca apa soalan dan jawapan daripada Kancil. Tapi sebelum itu ada syarat yang perlu dinyatakan seperti di bawah.

Rules Of This Game
1. Post this rules
2. Write 11 thing about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. No tag back

Tentang diri Kancil

1. Seorang lelaki di alam realiti
2. Seorang suami
3. Seorang guru di sekolah rendah daerah Tawau
4. Seorang ayah kepada dua orang anak lelaki
5. Berasal di daerah Semporna
6. Membesar di daerah Lahad Datu
7. Anak sulung dalam ahli keluarga
8. Isteri merupakan bekas guru pra - sekolah
9. Pernah bekerja sebagai pensyarah kolej
10. sentiasa berusaha, maju dan bersemangat dalam melakukan kerja
11. Nama samaran UMS (usaha maju dan semangat)

Soalan daripada Kartunis Damas

1. Kamu kerja, pernah cukup duit sampai hujung bulan?
Soal duit memang cukup sebab dah merancang awal - awal benda apa yang perlu diselesaikan. Bila ada lebih barulah melancong ke sana sini. Setakat nie hanya di Sabah je.

2. Siapa idola kamu, dalam hal perniagaan dan memajukan diri (max dua (2) orang sahaja)
Idola kancil dari dulu dan sekarang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kancil kagum cara dia berucap ketika menjadi Timbalan Menteri Malaysia. Bukan kerana agenda politiknya. 

3. Jika haku terbitkan Komik haku sendiri, pasti ka kamu nak beli?
Insya - Allah jika ia menarik minat Kancil

4. Apa pendapat kamu, tentang Pemuzik Indie Tanahair kita?
Kancil ndak dapat komen apa - apa.

5. Kartun / edisi komik apa yang paling kamu minat time sekolah?
Kancil pilih Marcoss dan Mospeda kemudian Transformers.

6. Jenama baju / seluar apa yang korang beli paling mahal? berapa ratus / ribu?
Kancil ndak ingat dan tidak pernah ambil tahu pun. Yang penting berbaloi untuk memakainya.

7. Cita - cita kamu pernah tercapai tak, apakah cita - cita itu?
Semua cita - cita kancil tercapai, seorang guru, pensyarah dan pustakawan. Sekarang tanam cita - cita baru. Ingin menjadi guru cemerlang.

8. Apakah nilai atau barang berharga yang kamu sumbang pada keluarga kamu?
Ilmu, keselamatan dan keselesaan adalah nilai berharga bagi Kancil.

9. Suka dan pernah buat deko/ hiasan / disign / susun atur bentuk dalaman rumah kamu?
Kancil suka susun atur bentuk dalaman rumah je...bergantung pada niat dan mood Kancil.

10. Pernah belikan baju raya untuk kedua ibubapa kamu?
Kancil belum pernah lagi.

11. Pandangan kamu, blog haku nie ke arah kesenian atau peribadi haku saja?
Kancil baru mengenali blog kamu so, ndak dapat komen. Minta maaf

Soalan daripada Kancil
1. Kereta idaman anda?
2. Kalau datang ke Semporna, pulau mana yang nak pergi?
3. Berikan nama penuh sekolah rendah anda bersertakan tahun sekali?
4. Cinta pertama anda ketika usia berapa tahun?
5. Blog yang anda cemburukan?
6. Follower anda yang paling cool?
7. Apa universiti impian anda?
8. Tempat pelancongan yang mana paling menarik anda pernah pergi?
9. Nama guru yang masih kamu ingat dalam ingatan kamu? (max 5 orang)
10. Beg sekolah kamu bertahan berapa tahun?
11.Sejak bila anda mengenali blog Kancil 8349?


Inilah 11 orang yang perlu menjawab soalan - soalan Kancil. Berharap mereka sudi menjawabnya.


1. Maszull
 
2. 3nogr33ny

3. Santri

4. Run Away 

5. Cinnamon

6. Aien Not Alien 

7. Khairul 

8. Eera Shera

9. Yumida

10. Syafiq 

11. Queen Teratal

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, November 13, 2011

Naib Johan Perbarisan

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Agak lama kancil tidak buat entri. Memandangkan ramai rakan blogger menanti entri terbaru Kancil. Kancil rasa terharu dan rasa dihargai. Terima kasih semua. Minggu lalu, sekolah Kancil telah mengadakan sukan tahunan peringkat sekolah. So banyak kerja perlu diuruskan. Lebih -  lebih lagi Kancil dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sukan.

Namun bukan itu yang ingin Kancil kongsikan. Kancil nak kongsikan rasa gembira di atas kejayaan anak didik Kancil mendapat naib johan perbarisan Unit Beruniform. Usaha yang dilakukan selama 2 minggu akhirnya berhasil. Kancil rasa gembira dan teruja kerana mereka dapat melakukannya. Dan ini merupakan pencapaian pertama Kancil sebagai guru penasihat dalam kawat perbarisan.

Tahniah kepada semua kadet TKRS SK St Patrick yang menyertai perbarisan sempena Sukan Tahunan peringkat sekolah. Mengingatkan kembali 2 minggu lalu, bilangan ahli kadet mencukupi untuk membentuk satu perbarisan. Namun, bilangan berkurangan dari hari ke hari kerana mereka tidak tahan dengan latihan yang bagi Kancil tidak berat berbanding dengan pasukan perbarisan yang lain. Cuma 1 jam sahaja berbanding pasukan lain 4 jam sehari.

Hanya 16 orang yang menyertai perbarisan tersebut. Walaupun bilangan sedikit namun anak didik kancil tidak rasa malu malah berani maju ke hadapan. Hasilnya mereka mendapat tempat kedua selepas PBSM sekolah. Kancil rasa bersyukur dan gembira di atas kejayaan mereka.  Tahun lalu mereka mendapat tempat keempat. Faktor kekalahan disebabkan bilangan ahli kurang dan berhenti ketika memberi hormat.

Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang latihan perbarisan dan kemuncak sukan sekolah.

 Latihan perbarisan dan pasukan TKRS sedia untuk berkawat

Membaca doa dan mendengar ucapan Pengerusi PIBG

Wira - wira Kadet TKRS

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tahun depan ingin merangkul  Johan Perbarisan Unit Beruniform

Mereka Peminat Animasi Melayu dan Benda Kuning

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kalau dulu era 90 - an, animasi Melayu tidak banyak dan boleh dibilang guna jari. Sekarang dah lebih banyak animasi Melayu. Malah menjadi tumpuan bukan setakat kanak - kanak, ada juga dewasa tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Kalau ndak percaya, jomlah terjah ke blog mereka.

 
http://i-love-the-way-i-am.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

http://jijahcomey.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349kartun-animasi-yang.html

Kartun animasi nie, Kancil kenal daripada seorang sahabat. Mulanya ndak berminat tapi bila nampak ada unsur lucu dan riang. Kancil jatuh cinta dengannya. Jomlah kita terjah ke blog beliau.

http://yana-feehily.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Mereka Peminat Animasi Jepun

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Minta maaf kepada semua rakan blogger. Kancil terlalu sibuk dengan aktiviti akhir tahun. Ditambah dengan pelbagai kerja yang perlu diselesaikan sebelum cuti bermula. Jom kita lihat mereka yang minat dengan animasi jepun.

Rata - rata mereka suka semuanya. Mungkin sebab wataknya comel dan jalan cerita yang  jelas. Malah gambar atau grafik lebih menarik daripada barat. Itulah kehebatan animasi Jepun. Jom kita terjah ke blog mereka.

http://daniel-happyalways.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html


http://belogsayacun.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday # 15

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : sumber gambar daripada FB Selangor Darul Ehsan

Wordless Wednesday # 14

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, November 8, 2011

Kartun Animasi Di Layar Perak

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Minta maaf kepada semua rakan blogger yang telah menyertai segmen Kancil baru - baru nie. Kancil betul - betul minta maaf sebab lambat buat list entri mengenai segmen tersebut. Memandangkan kerja dah separuh siap. Kira boleh buat entri dalam blog Kancil dan boleh juga blogwalking ke blog rakan - rakan blogger.

Kebanyakan kartun yang telah dihasilkan telah masuk ke layar perak. Malah ia seperti realiti. Bagi anak - anak moden mereka tidak mengetahui bahawa kebanyakkan filem fiksyen bermula dengan kartun. Dibawah ini merupakan salah satu kartun yang mereka minati dan kini telah di bawah ke layar perak. Jomlah terjah ke blog mereka.



http://maszull.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Selamat Hari Jadi Pemilik Blog Queenof Butterfly

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Pemilik blog merupakan rakan blogger yang paling banyak meninggalkan komen di entri blog Kancil. Beliau juga sentiasa mengunjungi blog Kancil dengan memberi komen - komen yang bernas. Kancil amat menghargai beliau. Dan tidak sangka hari ini merupakan hari istimewa beliau.

Dikesempatan ini Kancil nak ucapkan


Selamat Hari Lahir kepada pemilik blog Queen Of Butterfly.

Jomlah kita doakan rakan blogger kita nie  beramai - ramai.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, November 5, 2011

Tutup Sementara Waktu

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Minta maaf kepada semua rakan blogger yang telah menyertai segmen kancil baru - baru nie. Kancil belum lagi keluarkan list dalam entri Kancil. Kebetulan sibuk dengan pindah rumah dan sibuk menyambut hari raya. Harap rakan - rakan blogger faham situasi Kancil.

Apabila dah selesai, Kancil akan kembali aktif.

Terima kasih....

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday # 13

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Minggu latihan sukan...

Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Tuesday, November 1, 2011

Budak Kecil Pakar Menyiasat Kes Membunuh

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Pada mulanya Kancil tidak minat dengan siri kartun nie. Sebab ndak faham - faham jalan ceritanya. Namun, bila beberapa kes dalam kartun tu dapat dijawab dengan mudah oleh budak kecil tu. Kancil mula minat dan tidak pernah miss melihat siri kartunnya di TV. Mampu sebenarnya  membeli DVD nya namun entah...tengok dalam tv lagi best.
Kalau ndak tengok dari mula, memang kita ndak faham jalan cerita sesuatu kes. Mahu tengok dengan teliti agar kita faham jalan penyelesaiannya. Bagi mereka yang minat pada bidang penyiasatan. Ndak salah menonton kartun nie. Sebab ia mengandungi informasi dan mudah difahami. Seperti rakan blogger kita. Jomlah kita terjah ke blog mereka dan cuba mengetahui mengapa mereka meminati kartun nie.

http://smilenajah93.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

http://wwwsinichiedogawa.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


p/s : kepada rakan - rakan blogger. Kancil ndak dapat membalas kunjungan kamu dalam masa seminggu. Busy dengan raya dan pindah rumah. Insya - Allah dah selesai, Kancil akan tetap terjah ke blog kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...