Rakan Blogger

Monday, September 26, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 1

Assalamulaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bermula hari Jumaat lalu, sekolah di mana Kancil mengajar telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk murid - murid beruniform. Sebanyak lapan pasukan unit beruniform menyertai perkhemahan tersebut iaitu Pengakap, Tunas Puteri, TKRS, Puteri Islam, St John, PBSMM, Silat dan Takewendo.

Seramai 147 orang murid yang menyertai program tersebut dan sebilangan guru terlibat secara langsung. Yang tidak terlibat kebetulan ada seminar dan kursus yang perlu mereka hadiri. Namun, ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan bukan sahaja murid tetapi guru - gurunya juga. Apapun, Kancil akan bercerita mengenai aktiviti - aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan. Bermakna ada dua entri lagi Kancil akan buat khas untuk perkhemahan ini. Satu entri untuk satu hari...

Sesi Pendaftaran

 

Semua murid berkumpul di astaka sekolah untuk mendaftar kehadiran mereka pada hari tersebut. Kebetulan, sesi persekolah masih berjalan seperti biasa. So, untuk tidak mengganggu sesi persekolahan, mereka semua berkumpul di astaka sekolah. Pendaftaran bermula pada pukul 2 petang dan disambung dengan sesi taklimat daripada Ketua Kem Puan Ramlah. Dalam sesi taklimat, beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid sepanjang perkhemahan seperti pakaian, disiplin tingkah laku dan disiplin masa.

Sesi Pra - Melapor kepada Penghulu Perkhemahan.



Memandangkan tapak perkhemahan belum boleh disediakan disebabkan sesi persekolahan masih berjalan, satu aktiviti khas dibuat dan dikendalikan oleh Kancil dan beberapa orang rakan sejawatan. Penghulu yang dilantik akan mengarahkan semua ketua unit untuk melapor kekuatan anggota mereka. Seterusnya, penghulu tersebut akan melapor kepada Ketua Kem. Dalam sesi ini, mereka diberi tunjuk ajar cara yang betul berkawad statik dan melapor kepada ketua kem.

Sesi Mendirikan Khemah

 
 

Sebelum sesi persekolah petang tamat, merek semua menjamu minum petang yang telah disediakan oleh pihak guru. Setelah loceng sekolah berbunyi, para peserta diminta mendirikan khemah dengan bantuan guru - guru penasihat. Bagi yang sudah mahir, mereka sendiri mendirikan khemah tersebut.  Lihatlah gambar di atas gelagat mereka.

Sesi Bahasa Isyarat 

Dalam sesi ini, Kancil tidak berada di sekolah kerana ada hal lain yang perlu Kancil uruskan. Namun aktiviti tetap diadakan dan semua peserta diberi pendedahan mengenai bahasa isyarat yang akan digunakan di dalam hutan ketika mereka melakukan kembara alam pada keesokan harinya.

Sesi Sayang Si Buta


 

 

Inilah kali pertama Kancil saksikan program sebegini. Untuk makluman, Kancil tidak pernah menyertai aktiviti seperti ini. Rupanya seronok dan menyeramkan. Semua peserta akan menutup mata mereka menggunakan kain anduh atau apa - apa kain agar mereka tidak nampak. Mereka akan berbaris mengikut kumpulan masing - masing. Sampai di satu tempat mereka akan dipisahkan satu persatu.

Kancil merupakan salah seorang guru yang membawa murid - murid ke tempat yang sepatutnya. Kancil akan pisahkan satu persatu murid seperti mana guru - guru lain buat. Pada awal 10 minit pertama, 2 kumpulan sudah tiba destinasi yang ditetapkan. Setiba kumpulan ketiga, tiba - tiba seorang murid lelaki berteriak sekuat hatinya.

"HIJAU"

Diikuti oleh semua murid yang berada di sekitar kawasan tersebut. Kancil terkejut. Mengapa mereka berteriak sebegitu. Rupanya, apabila mereka dalam ketakutan mereka kenalah menjerit perkataan HIJAU. Lucu bukan, baru berpisah dengan rakan sepasukan sudah berteriak. Belum lagi dibiarkan seorang - seorang. 

Ada yang terkencing dalam seluar kerana takut, terputus selipar, koyak baju disebabkan rakan menarik baju mereka dan sebagainya. Yang paling banyak ialah menangis ketakutan. Syukur alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku pada malam tersebut. Tapi banyak perkara lucu yang berlaku. Antaranya, mereka memeluk rakan mereka sekuat hati mereka sehingga fasilitator dan guru sukar untuk memisahkan mereka

"Tolonglah jangan pisahkan kami"..."jangan tarik kasut aku"..."aku pukul kau nanti"..."tidak dengar"..."Cikgu bah! Jangan tinggalkan aku"..."YA ALLAH!"..."Mama!" itulah sebahagian perkataan yang keluar dari mulut para peserta. Nah tahu cerita hari kedua...tunggu entri seterusnya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Kancil telah menganjurkan satu segmen, kalau sudi jomlah beramai - ramai menyertai segmen Kancil. Sila klik : http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html

10 comments:

Unknown said...

dah x ingtla kancil.. kisah perkhemahan ni.. sbb queen jarang ikut serta.. mak x bg.. kihkihi.. tp tgk diorg ni mcm best jekan...

maszull said...

salam kancil...bestkn kalau dah ramai2 mcm ni...seronok nyer mereka berkhemah...:)

Kancil 8349 said...

Queen :

ndak apa...Kancil pun sama...anak mak orang kata..hehehe...memang best. Kancil pun dengki dengan dorang semua nie...hehehe

3no gr33ny said...

hahha..sonok2..kn best kalo dpt jdk peserta or fesi g..rindu sgt time cmni

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

hehehe...seronok lagi jadi guru penasihat...boleh buat sesuka hati kat murid...jahatnya...hahaha...ndak lah...yang seronok tengok gelagat mereka...

aamalinaazman said...

heeeee
bile bace entri cekgu kancil yg ni
teringt zmn sekolah dulu
haiyooo
suke sgt camping2 ni
heeeeee

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih....apa lagi jomlah join segmen Kancil...

elnino de moona said...

haha..best2..aku suka part 'aku pukul kau nanti'.. hahaha dalam gelap2 camtu siap lagi mo pukul org ya.. lucu la budak2 ni..:)

Kancil 8349 said...

Elnino :

hehehe...memang lucu...sebab mereka takut sebab itu kata macam tu...

Kancil 8349 said...

Salam Mama,

komen mama termasuk dalam spam...hairan mengapa jadi macam tu...ndak apa...dah luluskan...hehehe...

memang seronok mama....ramai2 lagi seronok...ndak takut orang kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...