Rakan Blogger

Sunday, July 17, 2011

Tugas AJK Banner Bulan Kesihatan SK St Patrick, 2011


Selesai kerja satu, ada satu lagi kerja yang menunggu. Namun, tetap dilakukan demi nama sekolah dan program yang dianjurkan iaitu Bulan Kesihatan anjuran Unit Kebersihan Sekolah. Dalam program ini saya menjawat sebagai AJK Banner dan dibantu oleh rakan sejawatan dari guru sidang pagi.

Semasa menerima surat jemputan untuk menghadiri mesyuarat mengenai program ini. Rasa terkejut dan tidak menyangka akan dilantik sebagai AJK Banner. Ini kerana saya bukan biasa dengan kedai - kedai di Tawau. Namun, saya terima secara terbuka. Kalau bukan sekarang, bila lagi mahu tahu kan. 

Dalam mesyuarat tersebut, saya meminta pandangan daripada rakan - rakan sejawatan mengenai kedai yang mana paling sesuai untuk membuat banner. Setiausaha program mencadangkan saya ke DY. Di mana tu? Aduh! bisik hati saya. Memandangkan mereka melihat saya bersambung kening, Setiausaha program memberitahu tempatnya. Dia sebut je klinik Dr Siau. Nak, saya sudah tahu itu tempat...hehehe..Ia berhadapan je dengan Klinik Dr Siau dan satu bangunan dengan Klinik Family

Setiausaha program memberi sejumlah wang kepada saya untuk membuat banner tersebut. Esok pagi saya terus ke kedai tersebut sebelum saya ke sekolah. Sampai di sana, saya tidak susah mahu mencarinya kerana sudah mengetahui tempat tersebut. 

Selepas program Permuafakatan semalam, saya terus ke DY untuk mengambil banner yang telah siap. Cantik mereka buat dan membuat saya puas hati dengan kerja mereka. Mungkin Isnin ini saya akan gantungkan di pintu pagar sekolah. Semasa di kedai tersebut, saya sempat mengambil beberapa keping gambar seperti mana yang ada di dalam entri saya ini...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...