Rakan Blogger

Tuesday, July 19, 2011

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Tawau, 2011 (Bab 1)

Hari yang dinanti - nantikan sudah tiba, persiapan dan persediaan telah diatur dan dirancang dengan teliti. Pemilihan ahli untuk menyertai perkhemahan telah dibuat seminggu lebih awal agar untuk mereka bersedia menghadapi cabaran semasa perkhemahan tersebut.

Perkhemahan ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan bermula pada tarikh 18hb hinggalah pada tarikh 20 hb Julai 2011. Perkhemahan ini melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di seluruh daerah Tawau. Dianggarkan 82 buah sekolah di daerah Tawau, termasuklah sekolah - sekolah di Pulau.

Seawal 6.15 pagi, saya telah mula bergerak dari rumah ke sekolah. Di sekolah, saya telah mendaftar nama di pejabat penolong kanan. Selepas itu, membuat persiapan khemah. Memeriksa khemah yang sesuai untuk dibawa ke perkhemahan tersebut. 

Selepas perhimpunan pagi, saya sempat berjumpa dengan beberapa orang ibu bapa yang bertanyakan sesuatu mengenai perkhemahan. Sambil - sambil mereka meminta no telepon saya. Saya berjanji kepada mereka akan menjaga anak - anak mereka.

Pada pukul 7.50 pagi, saya bersama Cikgu Arfah telah bersiap untuk membawa murid - murid ke tempat perkhemahan. Kami membawa 8 orang murid dan menggunakan 2 buah kereta untuk ke sana. Sampai ke sekolah, terus membawa murid - murid mendaftar ke meja urusetia perkhemahan.

Pendaftaran 

 
 
  


Mendirikan Khemah

Selepas pendaftaran, saya membawa murid - murid lelaki dan cikgu Arfah membawa murid - murid perempuan ke tapak perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya mengajar kepada anak didik saya bagaimana mendirikan khemah.


'Ice Breaking'

Semua peserta berhimpun di hadapan astaka untuk mendengar taklimat daripada pihak penganjur. Di sana, semua peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut bulan kelahiran mereka masing - masing.
 
 
  

 
 


 

Taklimat Jurulatih

Semua guru pengiring diminta berhimpun di hadapan urusetia untuk membincangkan pembahagian tugas dan kerja. Saya bertugas di bahagian Iktihar Hidup dan seramai 10 orang guru pengiring.


 

Iktihar Hidup

Tepat pada pukul 1.30 pagi, kami menunggu kumpulan peserta untuk diberi tunjuk ajar. Kumpulan tersebut adalah kumpulan ketiga. Kumpulan tersebut dikecilkan kepada 10 kumpulan dan mereka dibekalkan dengan tepung, 3 biji telur, 5 batang mancis dan garam. Bahan - bahan ini digunakan untuk mereka memasak.
 
   
  


 
  
 
 
 

Kawad Kaki

Tepat pada pukul 4.30 petang, semua peserta berhimpun di tengah padang untuk mendengar taklimat bagi kawad kaki. Tapi sebelum itu, mereka asingkan peserta yang telah ditauliahkan sebagai sarjan untuk membentuk satu pasukan perbarisan. Yang selebihnya akan mengikuti jurulatih - jurulatih yang mengajar mereka berkawad kaki.

 
 
 
 

Perbincangan Dengan Guru Pengiring

Pada pukul 10 malam, guru pengiring berhimpun di urusetia untuk membincangkan perkara - perkara yang berbangkit dan yang perlu ditambah baik sepanjang perkhemahan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...