Rakan Blogger

Monday, July 25, 2011

Perhimpunan Petang : Penyampaian Hadiah Dan Sijil

Minggu ini, saya merupakan salah seorang guru bertugas bersama - sama dua orang guru wanita. Bertanggungjawab mengurus perhimpunan dan masalah - masalah yang menimpa ke atas murid. Bertanggungjawab menulis rekod kebersihan dan laporan guru bertugas. Sebenarnya banyak lagi tugas yang harus dibuat. Tapi tidak perlulah mahu ditaip dekat sini.

Tepat pada pukul 5.20 petang, loceng sekolah dibunyikan oleh rakan sejawatan saya. Menandakan perhimpunan bermula. Saya bergegas ke bilik akses untuk mengambil microfon dan memasangnya di dewan terbuka yang mana semua murid berhimpun. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Kemudian bacaan ikrar yang disampaikan oleh adik Azeyan (3Hijau). Murid ini memiliki suara yang tinggi dan lantang walaupun tanpa menggunakan mircofon.



Selesai bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Puan Beuaty, Penolong Kanan Petang SK St Patrick. Dalam ucapan beliau, menyarankan agar murid - murid menjaga kebersihan mereka sepanjang masa tidak kira berada di rumah mahupun di sekolah. Memilih makanan yang bersih dan berkhasiat.

Selepas ucapan beliau, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada murid - murid yang telah menyertai Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di SMK Kinabutan. [klik]  Sijil disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokum, Puan Hajah Tasmi. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Dan seramai 2 orang guru pengiring dan 8 orang murid dari sekolah ini terpilih mewakili sekolah ke perkhemahan tersebut

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah sempena Bulan Kebersihan. Bagi tahap satu, hanya peraduan mewarna dan melukis sahaja. Sebanyak 30 buah hadiah saguhati mengikut tahun dan 9 hadiah utama untuk pemenang yang mendapat tempat 1, 2 dan 3. Hadiah disampaikan oleh Puan Beauty. Kelas yang terbersih sepanjang bulan Kebersihan adalah 2 Hijau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...