Rakan Blogger

Tuesday, June 28, 2011

Kes Meragut Menjadi - Jadi

Disebabkan tekanan hidup di bandar, ramai warga bandar bertindak di luar batasan kemanusian. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang walaupun wang tersebut datangnya dari hasil yang haram. Mereka tidak kisah. yang penting mereka dapat memperolehi duit untuk menampung perbelanjaan mewah mereka di bandar ataupun mungkin untuk sesuap nasi.

Kes semalam yang membabitkan seorang guru sekolah berusia dalam lingkungan 36 tahun telah diragut di hadapan rumahnya sendiri. Tindakan nekad 4 orang peragut yang bersenjatakan parang menyebabkan guru perempuan tersebut tidak dapat berbuat apa - apa melainkan menjerit.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengahari. Dan jumlah wang yang telah diragut sebanyak RM 6 500. Namun, beliau tidak mengalami kecederaan. 

Kesian juga kan...orang yang kena ragut nie. Orang yang meragut nie pula, anggap itu cool walhal haram mengambil barang orang tanpa izin....apapun, wanita - wanita di luar sana...jagalah diri...

sumber : Berita Harian

4 comments:

cikgu said...

Tkt....sbb tu sy lbh selesa pakai suar n masuk hp or dmpet dlm poket...huhu

Lulu Caldina said...

kena lebih berhati-hati sekarang..

Kancil 8349 said...

tu yang bagus..tapi kalau boleh bawa duit yang sedikit je...ndak payah banyak sangat...

Kancil 8349 said...

Eya Lulu...sentiasa berhati2...tidak kira lelaki mahupun perempuan...kena ragut juga tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...