Rakan Blogger

Sunday, June 19, 2011

Hari Penyerahan Buku Rekod SK St Patrick, Tawau


Kelmarin, pihak sekolah membuka pintunya seluas - luas untuk kehadiran para ibu bapa...hehehe...itu cuma ayat. Bukan tidak boleh ibu bapa datang pada hari persekolahan. Tapi ada bezanya. Kalau ibu bapa datang ke sekolah pada hari biasa. Mereka kena lapor diri ke pondok pengawal dan mengambil pas pelawat. Tapi pada hari semalam mereka masuk terus menemui guru - guru anak mereka. Ini kerana, ibu bapa akan menerima buku rekod kemajuan anak mereka daripada guru kelas.

Seawal 7.15 pagi, ibu bapa telah memenuhi ruang tapak perhimpunan sekolah. Mereka menunggu kelibat guru kelas anak mereka. Untuk kelas tahap 1 ( Tahun 1 - 3), semua urusan akan dibuat di ruang tapak perhimpunan dan telah disediakan kaunter untuk memudahkan ibu bapa dan guru berbincang. Manakala untuk kelas tahap 2 (Tahun 4 - 6), dibuat didalam kelas masing - masing.

Semalam, saya hadir untuk membantu guru kelas Tahun 3 Hijau. Tetapi saya lewat beberapa minit ke kaunter penyerahan buku rekod kemajuan untuk tahun 3 Hijau. Sampai sahaja di sekolah saya terus melaporkan diri di pejabat Penolong Kanan dan kemudian terus ke kaunter di mana saya membantu guru kelas 3 Hijau.

Ini merupakan kali pertama saya. Dan selalunya saya akan menjadi pendiam. Orang kata tengok dan belajar dari orang yang berpengalaman. Saya hanya mampu menyusun buku rekod mengikut abjad dan menyerah buku tersebut bila guru kelas memerlukannya. Tetapi adakalanya saya diminta memberi komen mengenai murid tersebut di hadapan kelas.

Kelas 3 HIjau sememangnya pandai dan bijak - bijak budaknya. Mereka banyak bertanya. Sampaikan guru pun boleh terkalah dengan pertanyaan mereka. Cuma, mereka ini anak manja dan terlalu bermain di dalam kelas. Tapi keputusan mereka gempak. Saya yang mengambil alih tugas guru yang dipindahkan, masuk di dalam kelas tersebut terasa gementar. Mana tidaknya, pertanyaan mereka seperti orang dewasa walaupun usia baru 9 tahun.

Nasiblah kita mempunyai pengalaman yang boleh mengawal situasi keadaan tersebut dan akhirnya mereka berjaya dijinakkan. Sehingga saya menjadi guru pilihan mereka. Menemui ibu bapa murid satu cabaran baru bagi saya. Kali pertama orang kata. Takut mereka nie memarahi kita. Tapi, alhamdulillah...setakat ini tiada perkara tersebut berlaku. Ada pun, seperti kejutan.

"Oh!...ini rupanya cikgu....banyak cerita saya dengar dari anak saya." 

Aduh! apalah si murid nie kata dengan mak dia nie. Saya hanya mampu tersenyum sambil menunggu kata - kata seterusnya daripada seorang emak murid.

"Anak saya, kalau balik sekolah mesti bercerita pasal cikgu. Dia kata suka kalau cikgu yang mengajar.'

Alhamdulillah...saya ingatkan apa. Sebab sebelum nie, saya menerima teguran daripada Penolong Kanan Petang mengenai komplen ibu bapa kelas tersebut. Katanya saya mengajar murid yang boleh mencetuskan pergaduhan agama. Padahal saya tidak ada pun menyentuh soal tersebut kerana saya merupakan guru pendidikan jasmani...Nasib juga guru Penolong Kanan Petang mempercayai saya...itupun dengan bukti yang tercatat di dalam RPH saya. 

Ada satu kes, di mana ibu bapa meminta pandangan guru bagaimana untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu anak mereka. Kita boleh lihat, ibu bapa terlalu mengambil berat pasal anak mereka. Walaupun ibu bapa tersebut telah membeli buku cerita untuk anak mereka. Kami telah mencadangkan kepada ibu bapa tersebut agar membeli majalah akademik ataupun surat khabar. Kerana tatabahasanya yang asli.

Penyerahan buku rekod berakhir pada pukul 10.30 pagi dan semua guru kembali ke bilik guru untuk menjamu selera. Di bilik guru tersebut, para guru menceritakan pengalaman mereka sebentar tadi di hadapan rakan mereka. Ada yang melucukan dan ada situasi tegang. Apapun, itulah dugaan, cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru. 

 Dua tempat berbeza...untuk tahap 1 di tapak perhimpunan dan tahap 2 di dalam kelas masing - masing

1 comment:

aizamia3 said...

Masa inilah nak tahu perkembangan semasa anak2 (walau hakikatnya maklumat awal telah dimaklumkan di dalam WA).. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...