Rakan Blogger

Sunday, April 3, 2011

Keputusan Liga Perdana Inggeris



Saya bukan fanatik sangat dengan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan liga - liga di Malaysia mahupun umum di dunia. Tetapi saya suka melihat perlawanan dan tidak kisah siapa pasukan tersebut. Walaupun saya meminati pasukan Chelsea tetapi saya lebih suka cara permainan dan cara jaringan yang dilakukan oleh mana - mana pasukan.

Semalam, saya bersama beberapa orang rakan saya menonton perlawanan antara Liverpool dengan West Brom 2 di Uni Villa, Tawau. Kami baru selesai dari bermain badminton di Stadium Tawau kira - kira pukul 10 malam semalam. Saya cuma sempat melihat separuh masa pertama. Dalam perlawanan tersebut, penjaga gol kedua - dua pasukan berjaya menahan asakan pasukan lawan masing - masing. Kira mereka cemerlang mempertahankan pintu gol mereka.

Dalam separuh masa kedua, situasi berubah. Walaupun Liverpool mendahului  pada minit ke - 50 tetapi pasukan lawan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit 62 dan mendahului pada minit ke 88. Kesian Liverpool. Manakala pasukan yang saya minati mendapat 1 mata. Chelsea seri dengan Stoke, 1 - 1. Nampaknya, MU masih berdiri gagah di singgahsana liga.

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan semalam (2 April 2011)

Birmingham 2 (Phillips 4, Gardner 59) - Bolton 1 (Elmander 70) 

Everton 2 (Osman 38, Baines 83-pen) - Aston Villa 2 (Bent 47, 68) 

Newcastle 4 (Nolan 22, Ameobi 45, Lovenkrands 50, Gutierrez 90) - Wolves 1 (Ebanks-Blake 58)

Stoke 1 (Walters 8) - Chelsea 1 (Drogba 33)

West Brom 2 (Brunt 62-pen, 88-pen) - Liverpool 1 (Skrtel 50)

West Ham 2 (Noble 11-pen, 25-pen) - Man Utd 4 (Rooney 65, 73, 79-pen, Hernandez 84)

Wigan 0 - Tottenham 0 

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011040300151020110403001510/Article/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...