Rakan Blogger

Monday, April 4, 2011

Bila Kita Tidak Kenal Siapa Bos Kita

Aduh! Hari ini betul - betul mengejutkan dan memalukan saya. Mana tidaknya saya telah membuat kesilapan yang tidak tersengaja. Nasib sahaja saya bersopan dan melayan mana - mana orang yang menegur mahupun menyapa saya. Apapun, ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.
 

Seperti biasa, saya akan mendaftar kedatangan saya di bilik penyelia petang. Sebelum saya masuk ke bilik penyelia petang, saya ternampak sebuah kereta pacuan empat roda parking di lot parking guru besar. Mungkin guru besar ada di pejabat. Tapi seingat saya dia bercuti kerana sakit. Setelah saya mendaftar nama, saya terus menuju ke bilik guru.


Tiba dibilik guru, seorang guru menegur saya sambil mengukir senyuman

"Kamu guru baru ke?"

"Iya Cikgu! Guru BNK"

"Sekolah mana sebelum nie?"

"SK Batu Payong"

Tiba - tiba seorang guru perempuan menyampuk 

"Cikgu! Dia nie guru besar kita" sambil guru tersebut berdiri di sebelah saya. Saya terkejut. Aduh! tidak sangka orang dihadapan saya nie guru besar.

"Guru baru kita nie belum jumpa lagi guru besar sebab dia terus melapor kepada PK 1. Kan guru besar cuti hari tu" bela guru perempuan tersebut. Nasib baik guru tersebut memberi penjelasan kepada semua rakan guru yang berada di dalam bilik guru. Bagi saya pula, saya ingat dia guru biasa sidang pagi. Rupanya...

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

aduhhh... memang begitu kalau baru.. belum menyesuaikan diri.. belum kenal lagi semua org termasuk bos.. hehe

Kancil 8349 said...

betul tu geng...lebih2 lagi guru sebelah pagi...tidak semua yang saya kenal...apatah lagi petang...semua sibuk nantilah kalau ada acara barulah dapat sembang sebab tidak elok menganggu orang tengah bercerita atau bekerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...