Rakan Blogger

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Filem yang cukup menarik pada tahun ini. Filem melayu kita. Siapa sangka, usaha demi usaha yang dilakukan oleh adik beradik KRU telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Betul kata orang, jangan dengar dari mulut orang kalau tidak melihatnya sendiri. Jangan menilai sesuatu kalau belum pasti keadaan sebenarnya. 

Saya rasa inilah filem yang setaraf dengan filem - filem Hollywood. Pengguna grafik yang cantik dan menarik hingga memukau mata memandang. So saya ada selitkan preview filem ini versi Inggeris. Preview ini lebih menarik.


Jom kita lihat apa kata surat khabar dalam Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan KRU Studios muncul filem epik tempatan pertama berjaya memperoleh kutipan kasar hampir RM500,000 pada hari pertama tayangan.

Sambutan hangat penonton terhadap HMM yang menelan belanja kira-kira RM8 juta itu dilihat petanda baik bagi pembikinan filem bergenre epik di Malaysia. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, percubaan pertama pihaknya menerbitkan filem epik berlatarbelakangkan sejarah kerajaan Kedah Tua dilihat menepati kehendak penonton. 

“Kami tidak menjangka filem epik mendapat tempat di hati penonton. Namun, sokongan peminat kepada filem ini menjadi petanda baik bahawa filem epik kini sudah mampu bersaing dengan filem genre lain seperti seram dan komedi,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Sebelum ini, pencapaian tertinggi filem epik masih dipegang Puteri Gunung Ledang yang berjaya memungut sebanyak RM4 juta sepanjang tempoh tayangan pada 2004,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

HMM yang dibarisi pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Stephen Rahman-Hughes sebagai Merong, Ummi Nazeera, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali, Jing Liu dan Gavin Stenhouse mula ditayang di seluruh negara, kelmarin.

Bagaimanapun, Norman tidak berani meletakkan sasaran tinggi untuk filem epik sulung terbitan syarikatnya.

Namun, secara kasar beliau berharap filem arahan adiknya, Yusry, berjaya memperoleh kutipan hingga RM7 juta selepas tamat tayangan.

“Memandangkan sebuah filem tempatan akan menemui penonton pada setiap minggu, saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.

“Bagi saya, jika filem ini berjaya mencecah pungutan RM5 juta hingga RM6 juta dalam tempoh wajib tayang sehingga 24 Mac ini, ia sudah cukup memadai," katanya.

2 comments:

Ce'gu JAERA said...

Waduhh.. Tengok preview pun macam ciplak filem2 epik Hollywood. Filem Melayu memang memboringkan la... hehehehe...

Kancil 8349 said...

Mungkin bagi kau dil...ia amat memboringkan. Hehehe...bagi kebanyakan orang mereka berminat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...