Rakan Blogger

Monday, March 14, 2011

Berkahwin Dua Kali Dalam Seminggu

Inilah kali pertama saya mendapat khabar bahawa ada hamba Allah itu akan berkahwin dua kali dalam seminggu. Tidak sangka hamba Allah itu nekad untuk berpoligami. Aduh! Aduh!...buang tabiat ke budak nie. Dari sumber yang saya dapat tahu hamba Allah ini akan bernikah pada hari Jumaat dengan bakal isterinya yang pertama di timur negeri ini dan pada hari Ahad dengan bakal isterinya yang kedua di kampung halamannya sendiri.

 Gambar Hiasan

Kalau didengar mesti kagum dan terkejut mengenai kejadian ini. Namun pasti ada hikmah dan mengapa ia terjadi. Mungkin bagi perempuan mereka geram dan marah pada hamba Allah ini tidak memahami hati seorang wanita sehingga sanggup kahwin dua orang wanita dalam masa seminggu. Wahai perempuan di sana jangan terus melenting yeah dengar dulu ceritanya mengapa ia terjadi.
Saya namakanlah hamba Allah ini Ali. Ali merupakan pemuda yang sederhana hidupnya. Dia hanya mempunyai seorang kekasih yang sama kampung dengannya. Namanya Aminah (bukan nama sebenar). Dia juga pernah berkasih dengan seorang gadis yang sama - sama belajar di U. Gadis tersebut bernama Ana. Ali dan Ana sudah lama putus hubungan dan Aminah menerima Ali setelah Ana tinggalkan si Ali.

So si Ali nie masuk meminang kat si Aminah nie. Betapa happynya mereka berdua. Bila berita sampai di pengetahuan keluarga si Ana. Mak si Ana terus mencari si Ali. Dia cabar dan ugut si Ali dengan berkata.
"Jika anak aku kau tidak nikah. Nanti hidupmu sekeluarga susah seumur hidup. Aku akan berusaha mencari bomoh"

Terkejutnya si Ali. Dia merayu agar Mak si Ana tidak buat macam tu. Rayuan demi rayuan tetapi Mak si Ana nie tetap berdegil. Si Ali terus berjumpa dengan si Aminah dan memberitahu bahawa jodoh mereka tiada. Si Aminah terkejut dan geram. Demi cintanya pada si Ali, dia sanggup bermadu dengan si Ana.

Si Ali merayu pula pada si Aminah janganlah macam nie. Dia tidak mampu membahagiakan dua orang dalam satu masa. Tetapi si Aminah tetap berdegil. Akhirnya dia akur dengan kehendak kekasihnya. Si Ali jumpa lagi dengan Mak Si Ana untuk memberitahu bahawa dia tetapi berkahwin dengan Aminah dan dalam masa yang sama dia akan berkahwin dengan si Ana. Aduh! bertambah tertekan si Ali bila Mak si Ana mahu anaknya menjadi isteri yang pertama.

Hasil perbincangan, ketiga - tiga pihak. Mereka bersetuju dengan syarat yang dikemukakan. Akhirnya si Ali bakal mendapat dua orang isteri. Cerita punya cerita rupanya, si Ali nie saudagar minyak...minyak sawit yang memiliki 100 hektar tanah kelapa sawit. Patut pun mereka ingin sangat nak kahwin dengan si Ali. Siap ugut si Ali lagi. Macam mana tu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...