Rakan Blogger

Thursday, March 24, 2011

Beli Handset Baru

Kalau ikutkan hati mahu sahaja guna handset lama. Masih boleh guna lagi. Tapi ada kekurangan pada handset ini. Tak dapat menyimpan gambar. Boleh ambil gambar tapi nak simpan dalam komputer tidak boleh. Model lama dan kabel pun payah mahu cari. Mahu tidak mahu kena beli baru. Handset yang sama saya gunakan di maktab perguruan dulu.


Nasiblah harganya dah jatuh dan murah lagi. Saya minatkan handset ini. Menarik perhatian saya. Atas permintaan orang tersayang, saya telah memilih warna biru pula. Sedap mata memandang orang kata. Apapun, saya berharap ia tidak rosak seperti sebelum ini. Tiada punca dan sebab mengapa rosak. 

Dengan adanya handset ini lagi, dapatlah saya mengambil gambar kenangan di sesuatu tempat. Untuk di simpan dan menjadi bahan rujukan. Kalau main ingat, tidak semua boleh ingat dan kalau nak cerita ada sudah bukti kukuh. Hehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...