Rakan Blogger

Wednesday, February 2, 2011

Latihan Menguruskan Badan : Badminton

Berat badan saya dah mencecah 79 KG. Doktor yang pernah check kesihatan saya menasihatkan agar mengurangkan berat badan. Kalau tidak, penyakit lama datang kembali menganggu. Aduh! Saya benci kalau dia kembali. Dahlah SKBPT tu kawasan yang panas. Bertambah suka pula si penyakit tu. Atas cadangan Isteri tersayang, sahabat dan rakan maka bermulalah sesi latihan menguruskan badan. Bermain Badminton.

Actually, saya bermain badminton dengan rakan - rakan yang baru saya kenali sejak saya bertugas di Tawau. Best juga bermain dengan mereka. Mesti ada gelaknya dan mesti ada yang diketawakan. Ndak seriuslah kalau main. Kalau dulu, mati je kena teriak. Orang teriak tu kalau hebat ndak apa nie lebih teruk orang yang kena teriak...(Ndak sedar diri bah orang tu)

Ini adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil dalam latihan tersebut...
 Penuh tu gelanggan

 Aksi penentuan antara dua pasukan

 Pengadil Utama : Cikgu Gen2Merah
 Sempat tergelak melihat aksi lawan

Memulakan bola...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...