Rakan Blogger

Monday, February 7, 2011

Hujan Awal Pagi

Lihat langit, keadaan mendung je. Tapi tak hujan lagi. Mungkin dalam perjalanan ke sekolah mesti hujan. Nasib baik saya belum lagi membasuh Kancil8349. Kalau tidak kotor lagi si kancil. Saya keluar dari rumah terus menuju ke sekolah. Sampai di Batu 3, hujan mulai turun. Ndak gak lebat.

 Lebuhraya Batu 3 Jalan Apas Tawau

 Jalan Kampung Batu 7 Tinagat

 Jalan Kampung Batu 8 Tinagat (Bukit dah tertutup oleh awan)

Jalan Kampung Batu Payong ( Tambak Pantai)

Sempat juga saya mengambil gambar. Tapi agak kaburlah sebab dalam keadaan bergerak. Dalam perjalanan ke sekolah nie, mengingatkan saya kenangan praktikum kat Ayer Hitam bersama Bro Liau. Kami bermotor masa tu dan redah je hujan walaupun lebat. Mau lulus praktikum bah. Tapi banyak kali kami kena time bila dari balik sekolah. Awal pagi, kalau tidak silap 3 kali je. Basah kuyuplah kami masa tu. Apapun saya anggap ia kenangan yang mencabar dan pernah saya bercakap kepada Bro Liau

"Biarlah kita susah sekarang. Senang kemudian."

Hehehe...akhirnya kesusahan yang kami dapat sebelum ini terbalas dengan kesenangan pada hari ini...

1 comment:

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah. terbalas juga segala kesusahan yang pernah dilalui itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...