Rakan Blogger

Friday, March 10, 2017

Arahan Yang Tidak Jelas

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Mana - mana sektor kerja tidak kira darat, laut dan udara. Membuat keputusan dalam memberi arahan memang sukar. Ia merlukan masa yang lama dan perlukan perbincangan dengan semua orang. Dalam bab ini, kuasa veto yang mengambil peranan. Dia ketua dialah membuat keputusan. 

Namun, tidak semua keputusan dipersetujui. Hal ini kerana, ada sahaja yang tidak berpuas hati. Mengapa ini berlaku? Kerana, si pembuat keputusan tidak kaji dan tidak berbincang dengan orang lain. Teringat seorang rakan, kalau jadi boss..jagalah orang di bawah kamu. Pandai - pandailah ambil hati. Yang bekerja adalah mereka. Keselesaan semasa bekerja akan mewujudkan keputusan atau kemenangan yang terindah berbanding tekanan semasa bekerja.

Jika ada pekerja tidak berpuas hati. Panggil dan bawa perbincang. Jika dia seorang pekerja yang degil dengan keputusannya. Rasionalkan keputusan orang lain. Jangan biarkan virus melarat ke akar umbi. Jangan sudah parah baru ambil tindakan. Dan kebanyakannya yang terjadi mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Apapun, Kancil pernah menjadi ketua. Dalam membuat keputusan memang sukar namun Kancil sentiasa berbincang dengan orang bawah. Lambat tapi puas hati dalam membuat keputusan. 

Terima kasih...

Monday, March 6, 2017

Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Mana - mana sekolah pun mempunyai Persatuan Ibu Bapa Dan Guru iaitu PIBG. Acapkali ia sebagai medium untuk berbincang dan menyuarakan pandangan mengenai keadaan sekolah dan keadaan anak - anak murid. Di sinilah tempat ibu bapa bersua muka dengan guru - guru untuk membincangkan permasalahan anak - anak mereka di dalam pembelajaran.

Namun, tidak semua sekolah mempunyai masalah yang sama. Mungkin ada sekolah yang mana ibu bapanya perhatin dengan anak - anak mereka dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat PIBG. Dan ada juga yang ibu bapanya tidak dapat hadir kerana kekangan masa. Apapun alasan, mesyuarat ini sebagai tempat ibu bapa dan guru duduk berbincang untuk sama - sama membantu murid - murid sekolah.

Apa yang dikesali oleh Kancil, bila ada mesyuarat sebegini. Ada di kalangan ibu bapa tidak hadir. Memberi seribu alasan untuk ini. Kita faham dan kita tahu namun bila keputusan mesyuarat telah diputuskan. Mulalah bising kerana isu itu ini tidak dibawa ke pengetahuan ibu bapa yang lain sedangkan sudah dibincangkan di mesyuarat PIBG.

Lupakah mereka bahawa, ada di kalangan ibu bapa lain telah bersetuju sebulat suara menyokong dasar atau peraturan yang telah dibuat untuk sekolah. Lupakah mereka bahawa bila dipanggil hadir, memberi pelbagai alasan. Dan lupakah mereka bahawa di sekolah ini bukan anak mereka sahaja yang perlu dididik, diajar, diasah dan dijaga oleh guru. Semuanya ini kerana mereka ada hak untuk bersuara. Walhal diminta hadir memberi seribu alasan.

Ada pula yang hadir, mencari kesalahan dan kelemahan guru di sekolah. Siap memberi fakta untuk memalukan guru. Siap bawa buku undang - undang ke sekolah. Kalau boleh, diserang guru sehabis mungkin. Kalau boleh, guru tunduk dengan kemahuannya. Tapi tidak semua sekolah kena situasi sebegini. Ada tapi tidak banyak. Kerana apa, masih ada ibu bapa sedar bahawa guru amat penting untuk anak - anak mereka.

Masih ada ibu bapa menghormati guru. Menyerahkan guru mendidik anak mereka sepenuhnya. Apa juga tindakan guru dianggap oleh mereka bersebab. Selagi nyawa anak mereka di badan selagi itu mereka merasa guru tidak bersalah. Dan macam - macam lagi mengenai ibu bapa yang selesa dengan guru mendidik anak mereka. Ini faktor menyebabkan ada guru masih bersemangat untuk mendidik dan mengajar.

Sekian terima kasih...

Saturday, March 4, 2017

Harapan Baru

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Semasa di sekolah lama, Kancil tidak terlepas membawa murid - murid Kancil ke peringkat daerah. Kejayaan mereka di peringkat zon diuji lagi di peringkat daerah. Selama 3 tahun memegang jawatan SU Sukan, selama itu juga Kancil berjaya membawa mereka ke peringkat daerah. Paling jauh pun, membawa murid ke peringkat negeri. Tapi orang lain yang pergi. 

Memandangkan Kancil berpindah ke sekolah baharu. Bermakna Kancil telah berpindah ke zon baharu. Sebelum ini, zon Bandar dan kini Kancil berada di zon  Apas. Mempunyai 13 buah sekolah di dalamnya. Tahun lalu, Kancil orang baharu di sekolah. So, belum diberikan peluang untuk menyertai pasukan olahraga. Namun, Kancil tetap membantu pasukan olahraga.

Tahun lalu, rezeki sekolah Kancil tidak seberapa. Berada di ranking terakhir dengan pungutan pingat 2 gangsa. Bermakna tiada murid yang berjaya ke peringkat daerah. Tahun ini, Kancil diberikan peluang untuk membawa pasukan olahraga. Latihan telah dibuat. Strategi sudah disusun. Syukur ada peningkatan dari tahun lalu, mendapat 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Berada dalam ranking ketujuh dari 13 buah sekolah.

So Kancil membawa seorang murid ke peringkat daerah. Di peringkat ini, saingan amat kuat. Keputusan sudah diketahui namun tetap menyertai pertandingan tersebut. Bagi pengalaman kepada Kancil di zon baharu. Jumpa guru guru baharu. Zon Apas berada di kedudukan nombor 3 dari 6 zon dengan pungutan pingat 2 emas dan 2 perak. Sebelum ini, PT zon Apas pernah meluahkan perasaan bahawa zon Apas tidak pernah mewakili daerah ke peringkat seterusnya. Peringkat seterusnya ialah peringkat Tenggara. Tahun ini, 4 orang murid dapat hak perwakilan untuk mewakili daerah ke Tenggara.

Kita doakan kejayaan mereka di peringkat seterusnya. Namun misi Kancil bukan berhenti di sini. Tahun ini, Kancil tetap meneruskan latihan untuk persediaan tahun hadapan. Walaupun sukan sekolah belum bermula. 

Terima kasih kerana sudi membaca..


Wednesday, February 22, 2017

Berada di Tempat Yang Ketujuh

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Minggu lalu, sekolah Kancil menyertai Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Zon Apas 2017. Terdapat 13 buah sekolah bertanding di zon ini. Seperti sekolah lama Kancil, persediaan telah dibuat dengan latihan berterusan kepada semua atlet sekolah. Namun dengan keadaan fizikal murid Kancil yang kecil tidak dapat mampu mengalahkan pasukan dari sekolah lain.

Tambahan lagi, murid kampung tidak sama dengan murid bandar. Semangat mereka pun amat berbeza. Kebanyakan murid Kancil latih tidak bersungguh - sungguh malah ada yang melanggar arahan semasa melatih. Namun sepanjang kejohanan, terpapar wajah sedih mereka bahawa apa yang mereka buat tidak membuahkan hasil. Mereka beranggapan bahawa mereka jaguh. Realitinya mereka kalah di peringkat zon. 

Bagi Kancil ia sebagai pengajaran kepada mereka bahawa dunia mereka bukan di sekolah. Sekolah Kancil mendapat tempat ketujuh daripada 13 buah sekolah bertanding dengan pungutan pingat satu perak dan satu gangsa. Insya Allah akan diusahakan lagi untuk mendapatkan emas pada tahun hadapan.

Sekian dan terima kasih.

Monday, February 13, 2017

Minggu Latihan Sukan dan Mesyuarat Sana Situ

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Awal tahun sebegini, ramai guru yang sibuk dengan aktiviti yang telah dirancang oleh KPM, JPN dan PPD. Belum lagi aktiviti dan program yang telah diatur oleh pihak sekolah. Namun, kesibukan sebegini adalah kemeriahan di sesebuah sekolah.

Bila sesebuah sekolah aktif dengan pelbagai program, ibu bapa mula merasakan sekolah tersebut sesuai untuk anak - anak mereka. Inilah yang berlaku pada tempat sekolah Kancil mengajar. Jauh jarak tetap dihantar anak mereka ke sini. 

Kancil tidak terlepas dengan kesibukan di awal tahun. Bukan seperti tahun lalu, Kancil orang baharu. Perlu mengetahui keadaan dan iklim sesebuah sekolah. Alhamdulillah, pentadbir mempercayai Kancil untuk menggalas tanggungjawab berat di sekolah.

Kerana sibuklah, blog nie terpinggir sementara. Sibuk melatih murid, ditambah plak terpaksa menghadiri mesyuarat di peringkat PPD. Tahun ini, Kancil menggalas tanggungjawab sebagai SU Sukan di sekolah. Daripada posting hinggalah sekarang, jawatan tersebut kekal dan berpencen dengan Kancil. Tapi tidak mengapa, yang penting Kancil gembira dapat melakukannya.

Hari Rabu ini, sekolah kami akan menyertai kejohanan sukan peringkat zon. Kancil berharap akan membawa nama sekolah di peringkat seterusnya sepertimana sekolah lama Kancil dahulu. Doakan Kancil berjaya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah ke blog Kancil

Wednesday, February 1, 2017

Kecurian sana sini

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Cuaca di Tawau agak mendung pada pagi tadi. Rutin harian seperti biasa, Kancil melapor diri dengan memasukkan punch card  ke dalam mesin. Seawal pagi, Kancil membuka makmal komputer. Memandangkan Kancil mempunyai jawatan baharu iaitu Penyelaras Bilik Akses. 

Awal pagi, Kancil dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan. Rumah arwah mertua Kancil di Batu 2 dipecah masuk. Rumah tersebut didiami oleh ipar Kancil yang berkerja di salah satu bank di Tawau. Kebetulan, ipar Kancil berada di Brumas dan rumah tersebut tidak ada penghuninya. 

Teruk juga pintu rumah dikerjakan oleh penjenayah. Kehilangan dianggarkan RM 10 ribu sahaja. Bukan wang ringgit tetapi laptop, ipad dan lain - lain lagi. Barang mereka curi. Habis bersepah rumah digeladah oleh mereka - mereka nie. Dianggarkan lebih 2 orang yang melakukan pecah rumah.

Sebelum malam kejadian, memang kawasan tersebut sering ada kes kecurian. Terutamanya kenderaan. Bateri kereta plak mereka tapau. Beli baharu, malam ni dicuri. Teruk juga. Anak buah ada menjaga malam tetapi ndak sangka rumah pak cik mereka dikerjakan oleh pencuri. 

Memang sudah terjadi. Mahu buat apa. Polis datang menyiasat dan mereka berusaha untuk membanteras jenayah yang kian menjadi - jadi. Tengahari tadi, Kancil berada di kawasan rumah ipar Kancil di batu dua. Memang ramai mereka nie. Habis rebah rumput panjang di belakang rumah. 

Makin susah hati bila kita tinggalkan rumah. 

Terima kasih...

Tuesday, January 31, 2017

Guru Sidang Pagi Versus Guru Sidang Petang

Assalamulaikum dan salam satu Malaysia.

Tajuk ini bukan menggambarkan keadaan guru dua sidang di sesuatu sekolah. Ia menceritakan mengenai keselesaan berada di dua sidang. Kelebihan dan kekurangan berada di dua sidang. Sabah merupakan negeri yang paling banyak sekolah mempunyai dua sidang. Lebih-lebih lagi daerah Tawau yang memiliki lebih 50 buah sekolah rendah. 

Sidang pagi
Kancil lebih suka berada di sidang ini kerana banyak perkara dan aktiviti yang boleh dilakukan. Awal pagi bangun. Pergi kerja tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Cuaca masih sejuk. Yang paling best, selesai sekolah boleh semak kerja murid, melatih aktiviti sukan dan sebagainya. Kelemahan berada di sidang ini, mudah dipantau oleh pemantau atau pelawat. Banyak aktiviti berlaku pada waktu pagi dan kadangkala sesi kelas dibatalkan. 

Sidang petang
Kancil pernah berada di sidang petang. Boleh sambung tidur selepas solat subuh. Boleh buat persediaan Pdp sebelum sekolah bermula. Tapi selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Masa ini cuaca panas. Masuk kelas belum cerita lagi. Aktiviti melatih sukan hanya boleh dibuat pada hari Sabtu. Lepas sekolah, mesti penat sangat. Kekadang lupa semak kerja murid. Hehehe...

Ini sekadar pandangan peribadi Kancil sahaja. Banyak lagi cuma tidak mahu cerita panjang. Ikut kesesuaian guru yang mana selesa. Bagi Kancil, rela di sidang pagi. Kerana boleh buat banyak aktiviti sebelah petang. Jika ada yang kurang setuju dengan kenyataan Kancil. Itu hak korang.

Sekian dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...